5.2 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Terdapat banyak jenis alat berfikir dalam membuat nota yang dapat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, teknik menyoal aras tinggi ,alat Cort 1, dan alat Cort IV (pemikiran kreatif). Alat-alat ini dapat membantu pelajar mudah mengingati maklumat yang dikumpulkan dan maklumat yang dikumpulkan dapat membantu menggabung maklumat-maklumat baru.
5.2.1 Pengurusan Grafik
Penggunaan borang grafik sama dengan pengurusan grafik. Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea.Ia wujud dalam bentuk ilustrasi bagi melihat idea dengan pemikiran yang lebih sistematik jelas dan berkesan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan pelajar dalam proses pembelajaran. ia juga mudah difahami kerana otak mampu menerima rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Pengurusan grafik biasanya diisi dengan maklumat berkaitan dengan tajuk dan membantu pelajar mengurus dan menyusun pemikiran menjadi sistematik.
Kelebihan pengurusan grafik
Contoh Penggunaan Grafik
Ciri-ciri peta minda :
CONTOH PETA MINDA
Peta Minda Jenis Kitaran
Peta Minda Jenis Tulang Ikan
Peta Buih
Setiap pelajar haruslah mengaplikasi kan kemahiran belajar seperti diatas agar dapat memudahkan kefahaman dalam pembelajaran.
Dengan ini, peljar dapat mempelajari sesuatu subjek tersebut dengan efektif serta mudah.Oleh hal yang demikian, seseorang haruslah bijak dalam menyusun strategi dalam sesi pembelajaranagar pelajar dapat menguasai pelbagai subjek yang dipelajari.Untuk itu, penggunaan peta minda dan peta pemikiran adalah sesuai untuk sesi pengajaran dan sesi pembelajaran. Hal ini demikian keranapemikiran kita haruslah dilatih agar dapat mencetuskan idea yang baru.
MENU RUJUKAN(SUMBER RUJUKAN)
1. KEMAHIRAN BELAJAR,
-DR SYED ISMAIL SYED MUSTAPHA,AHMAD SUBKI MISKON DAN ALIZA ADNAN
2. MENJADI REMAJA YANG SMART STUDY : KEMAHIRAN BELAJAR
-OSMAN AFFAN
3. PANDUAN KEMAHIRAN BELAJAR BUZAN
-BUZAN , KUALA LUMPUR

- mengatur idea dengan lebih mudah
- membandingkan sesuatu perkara dengan tepat
- membentuk klasifikasi dengan lebih teratur
- memastikan maklumat penting daripada tercicir.
- membantu kita lebih fokus
Contoh Penggunaan Grafik
- Membanding dan membeza
- Membuat kategori
- Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- menerangkan sebab dan akibat
- Mengusul periksa andaian
- merangsang kemahiran berfikir pelajar.
- membantu mengingat dengan mudah serta mencatat nota dengan ringkas dan mudah.
- Mengorganisasikan idea dan bentuk gambar dan kata kunci
- mengembangkan kreativiti, organisasi dan persembahan idea.
- 5.2.2 Peta Minda
Peta minda adalah salah satu daripada alat berfikir yang membantu merangsang kemahiran berfikir pelajar. Alat berfikir ini telah digunakan zaman-berzaman untuk bertujuan pembelajaran ,percambahan fikiran ,ingatan ,pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,jurutera dan orang ramai secara umum.
Penggunaan Peta Minda:
- Kreatif dan tidak formal
- Tajuk diletakkan di bahagian tengah (Idea-idea lain dikembangkan di luar)
- penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama
CONTOH PETA MINDA
Peta Minda Jenis Kitaran
Peta Minda Jenis Tulang Ikan
Peta Minda Jenis Carta Alir
Peta Minda Jenis Pokok
KELEBIHAN PETA MINDA
- Mudah diingati oleh pembuat peta minda
- Dapat dibaca dengan mudah
- Mudah memahami sesuatu konsep
- Membantu membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat , dibaca dan difikirkan
KELEMAHAN PETA MINDA
- Hanya difahami segelintir golongan sahaja
- Terlalu ringkas, menggunakan singkatan dan bahasa atau perkataan tertentu
- Kata kunci tidak sesuai menyebabkan sukar diingati
- Tiada huraian yang jelas
5.2.3 Pemetaan I-THINK
Pemetaan i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran dapat meningkatkan daya berfikir seseorang . Peta pemikiran juga salah satu kaedah cara untuk membantu memahami sesuatu isu dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik yang dipelajari.
Penggunaan Pemetaan i-THINK dalam kalangan pelajar membantu:
i.mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
ii.meneroka pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan.
iii.proses menggunakan minda
iv. Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Terdapat lapan jenis Pemetaan i-THINK:
Peta Bulatan
Peta Buih
Peta Buih Berganda
Peta Dakap
RUMUSAN
Setiap pelajar haruslah mengaplikasi kan kemahiran belajar seperti diatas agar dapat memudahkan kefahaman dalam pembelajaran.
Dengan ini, peljar dapat mempelajari sesuatu subjek tersebut dengan efektif serta mudah.Oleh hal yang demikian, seseorang haruslah bijak dalam menyusun strategi dalam sesi pembelajaranagar pelajar dapat menguasai pelbagai subjek yang dipelajari.Untuk itu, penggunaan peta minda dan peta pemikiran adalah sesuai untuk sesi pengajaran dan sesi pembelajaran. Hal ini demikian keranapemikiran kita haruslah dilatih agar dapat mencetuskan idea yang baru.
MENU RUJUKAN(SUMBER RUJUKAN)
1. KEMAHIRAN BELAJAR,
-DR SYED ISMAIL SYED MUSTAPHA,AHMAD SUBKI MISKON DAN ALIZA ADNAN
2. MENJADI REMAJA YANG SMART STUDY : KEMAHIRAN BELAJAR
-OSMAN AFFAN
3. PANDUAN KEMAHIRAN BELAJAR BUZAN
-BUZAN , KUALA LUMPUR
The best
ReplyDelete