5.2 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Terdapat banyak jenis alat berfikir dalam membuat nota yang dapat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, teknik menyoal aras tinggi ,alat Cort 1, dan alat Cort IV (pemikiran kreatif). Alat-alat ini dapat membantu pelajar mudah mengingati maklumat yang dikumpulkan dan maklumat yang dikumpulkan dapat membantu menggabung maklumat-maklumat baru. 5.2.1 Pengurusan Grafik Penggunaan borang grafik sama dengan pengurusan grafik. Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea.Ia wujud dalam bentuk ilustrasi bagi melihat idea dengan pemikiran yang lebih sistematik jelas dan berkesan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan pelajar dalam proses pembelajaran. ia juga mudah difahami kerana otak mampu menerima rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Pengurusan grafik biasanya diisi dengan maklumat...